26 July 2017

My Master Journey


Al-kisah perjalanan master saya.

Lama ke? lama la jugak.

Dari saat saya tulis ni dah 4 tahun.

Tapi alhamdulillah sikit je lagi nak grad.

Kenapa boleh muncul luahan ni? Sebab saya nak share, betapa pentingnya ketahanan mental seseorang apabila menghadapi tekanan. Kan banyak kita baca / lihat kisah orang yang terlampau stress sehingga sakit mental / bunuh diri.

Dan ya, perkara ini terjadi pada saya. Tak lah extreme sampai nak bunuh diri, tapi boleh menghala ke arah yang kurang sihat (mentally) kalau tak di bendung.

"survival mode", "memory block". Hari ni saya belajar dua perkara ni.

Saya bukanlah ahli psychologist yang arif berkenaan mental manusia. Tapi saya ada sahabat yang sedikit sebanyak faham akan perkara ini, dan saya sangat-sangat berterima kasih pada sahabat saya yang memberi kesedaran kepada saya terhadap "survival mode" dan "mental block" yang terjadi pada diri saya.

Setelah bertahun berperang dengan stress research, akhirnya ia sampai ke kemuncak.

Kemuncaknya adalah apabila candidature master saya sudah hampir ke penghujung (master full research maximum boleh 3 tahun je) namun masih tiada bayang-bayang untuk grad.

Meh saya cerita sedikit berkenaan supervisor saya. Beliau mempunyai standard yang sangat tinggi, kalau nak grad dengan beliau, WAJIB ada sekurang-kurangnya satu Q1 Journal untuk master dan tiga Q1 Journal untuk Phd. Apa-apa published paper yang lain selain Q1 adalah tidak diterima untuk grad.

Hanya mereka yang buat research je faham betapa susahnya nak publish Q1 paper. Research anda bukan sahaja perlu hebat, malah anda juga memerlukan LUCK (atau rezeki). Kalau tiada dua tu, tunggu la berbulan-bulan, akhirnya paper anda akan direject mentah-mentah oleh publisher journal (seperti apa yang terjadi pada saya).

Disebabkan standard ini, ramai student beliau yang drop / MIA / tukar SV, ada yang dah bertahun-tahun buat research drop macam tu je sehingga menanggung hutang untuk bayar balik scholarship. Ada beliau kisah tentang nasib student-student ni? TAK. Yang beliau tau, kena capai KPI ni untuk grad. Jangan salah faham pula, beliau buat ni bukan sebab ini rule universiti untuk grad. Ramai je student SV lain yang selamat grad tanpa sebarang published paper pun. Pada saya, beliau just plain selfish, terlampau mengejar award. Dulu saya tak nampak hakikat ni, bila pikir-pikir balik, patut la office beliau dipenuhi display of awards.

Di saat nak habis candidature (dah nak 3 tahun master), family especially parents dah mula tertanya-tanya bila nak habis master. Walaupun mereka tanya je, tak paksa pun, tapi tetap beban dalam pemikiran. Tanpa sebarang Q1 paper yang dah publish, saya akhirnya buat keputusan untuk submit jugak thesis. Di sebabkan tiada published Q1 paper, SV sering menyebut-nyebut bahawa saya bakal susah untuk lulus viva sebab tiada Q1 paper nak back up. Saya mula stress, nak taknak saya gamble, hantar juga thesis dan bersedia untuk viva.

Sementara menunggu tarikh viva tiba, saya di tekan lagi dan lagi untuk buat paper baru dan hantar pada Q1 journal. Di sebabkan paper saya yang sebelum ini rejected, beliau memaksa saya untuk buat paper baru yang isi nya sama dengan thesis.

Dan ya, saya buat.

Saya hantar pada beliau, tapi tau apa jadi?

Beliau senang-senang je reject paper saya tu dan minta saya buat major changes.

Dah la isi paper tu sebijik macam thesis, major changes kot mana lagi boleh buat? tak masuk akal.

Pada ketika itu telah hampir dengan tarikh viva, saya mengambil keputusan untuk melupakan seketika paper tu dan fokus pada viva.

Ketika ini lah terjadinya "memory block".

Disebabkan saya terlalu stress untuk viva, segala insiden berkenaan paper yang saya baru tulis dan di reject SV itu telah completely hidden jauh dalam satu sudut otak saya.

Senang cerita, saya terus lupa pasal paper tu.

Alhamdulillah viva saya went smooth dan saya lulus.

Selepas viva, saya terus balik kampung dan sambung buat correction di kampung. Sepanjang saya bercuti, SV call saya tak jawab, message tak reply.

Masa inilah "survival mode" saya activated tanpa saya sedar.

Saya bukan jenis orang yang call tak angkat, message tak reply, malah saya akan segera jawab bila dapat call atau message. Tapi disebabkan "survival mode" tadi, saya mula berkelakuan di luar kebiasaan.

Walaupun correction thesis dah siap, urusan dengan SV masih belum selesai, beliau perlu semak thesis dan tandatangan segala macam borang untuk saya grad.

Di sini saya belajar untuk menapis dan menepis.

Kalau jumpa dengan SV, sejam memang tak cukup, biasanya memang kena dengar beliau bercakap (a.k.a memutar belit cerita) lebih dari dua jam. Saya akan mula menapis setiap butir bicara beliau, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadang kata-kata beliau boleh menambah stress jadi saya tapis.

Berkenaan Q1 paper, beliau warning, kalau tak submit Q1 paper, beliau taknak sign borang grad. Di sini saya mula menepis dengan memberi janji-janji manis yang saya akan buat paper tu (masa ni saya masih lupa yang saya ada buat paper sebelum viva hari tu).

Waktu semakin suntuk. Hari berganti hari. Saya masih tidak berjaya buat paper untuk Q1 journal.

Saya semakin stress.

Tarikh akhir untuk submit final thesis semakin hampir. "Survival mode" saya jadi semakin kuat. Saya dah mula belajar untuk menipu.

Saya yang jenis pantang orang menipu, kini senang-senang je nak menipu. Saya mula menipu SV untuk survive dan grad (tak perlu la cerita apa yang saya tipu).

Kondisi ini semakin berbahaya kerana ia mula menjangkiti urusan kehidupan saya yang lain.

Akhirnya, seminggu sebelum tarikh akhir submit final thesis iaitu pada hari ini, saya telah berjaya melengkapkan borang grad (berjaya dapat tandatangan beliau).

Q1 paper, Q1 paper, Q1 paper, kata-kata SV siang tadi selepas beliau tandatangan borang grad masih terngiang-ngiang dalam otak.

Perlahan-lahan saya buka semula semua email yang pernah saya send beliau dulu, check satu2 paper yang pernah saya buat.

Dan di saat itulah saya terjumpa email bersama attachment paper yang saya dah buat sebelum viva tu. Masa ni saya tak ingat lagi pasal paper ni. "Memory block" masih kuat.

Saya scroll perlahan-lahan paper tu,

"Ya Allah, bila aku buat paper nie? ni la paper yang SV sibuk suruh buat tu, bila plak aku buat? siap dah email pada dia tapi nape dia duk ungkit suruh buat lagi paper".

Saya memang tak ingat pasal paper tu dan insiden beliau reject paper tu. Saya terus berlari keluar bilik dan berjumpa sahabat saya (yang saya cerita awal-awal tadi), lepas dah cerita dari A to Z, sahabat saya ni lah yang tolong huraikan apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri saya.

Rupanya saya sedang mengalami "memory block" dan "survival mode".

In order to survive, i blocked a certain bad memory, so that i can move on and achieve what i desperately need (untuk grad).

One conclusion yang sahabat saya tu dapat berkenaan SV saya tu adalah beliau seorang yang psycho, dan berada dalam kekuasaannya adalah sangat tidak sihat.

Seriusly macam mana saya boleh lupa 100% pasal paper yang saya dah buat tu? Saya duk ingat saya tak buat lagi paper tu. Allah...

Cerita yang saya tulis ni adalah simplified version of what happened. Banyak lagi perkara yang terjadi in between events, yang sebenarnya menerukkan lagi keadaan.

Kita memang tak akan sedar yang kelakuan kita berubah disebabkan stress, sebab it is a subconscious thing, sampailah ada orang point it out to us.

Dan jika sampai sudah saya tidak sedar akan perkara ini, boleh jadi saya akan berterusan dalam "survival mode" dan berkelakuan diluar kebiasaan sehingga menjejaskan urusan seharian saya dan mungkin juga menjejaskan hubungan saya dengan orang sekeliling.

Saya sampai tertanya-tanya, "sejak bila aku pandai menipu ni, sikit-sikit nak menipu".

Scary seriously.

Sedih pun ada.

Moral of the story: jangan ambil ringan isu mental ni dan jangan malu untuk mendapatkan pertolongan (mental help especially) apabila kita sedar yang kelakuan kita semakin hari semakin pelik.

No comments: